Ahad, 25 November 2012

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )


1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
    fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
    fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
    fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat
    fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
    fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
    fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak      
    berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di
    dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
    fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.

8. Mandi Sunat
    fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
    lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
    fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
    fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11 Sembahyang sunat empat rakaat
    fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat
    pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca
     “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
      fadhilat – Tidak mati pada tahun ini.

13.Menjamu orang berbuka puasa
    fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
    Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
    fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya
    daripada neraka.

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam



1.      Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun. Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2.      Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3.      Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4.      Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Peristiwa-peristiwa pada 10 Muharram




1.      Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2.      Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3.      Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4.      Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5.      Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6.      Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7.      Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8.      Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9.      Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10.  Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11.  Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12.  Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13.  Hari pertama Allah menciptakan alam
14.  Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15.  Hari pertama Allah menurnkan hujan
16.  Allah menjadikan ‘Arasy
17.  Allah menjadikan Luh Mahfuz
18.  Allah menjadikan alam
19.  Allah menjadikan Malaikat Jibril
20.  Nabi Isa diangkat ke langit